Sunday, February 6, 2011

Profesionalisme Vs Public Delivery System

Salam Integriti,

Awal-awal pagi lagi aku dah bergerak ke Hospital Putrajaya kerana mywife yang dah 6 bulan lebih "bleeding" sikit. Hari ni semua private klinik tutup (cuti). Apabila sampai ke Emergency unit, mywife diarahkan ke Klinik Bersalin Hospital Putrajaya coz kadungannya dah 6 bulan lebih.

Aku sampai ke Klinik Bersalin tu lebih kurang jam 8 pagi.... aku rasa kamilah orang yang paling awal tiba kat situ. So, mywife pun register... apabila ditanya mengenai buku rekod mengandung (warna merah), mywife bagitahu yang beliau lupa kerana tergesa-gesa ke hospital (panik bila bleeding). Registration berjalan lancar dan nurse bertugas dikaunter memang baik.

Namun, bila mywife diperiksa oleh beberapa orang doktor muda (baru habis belajar).... sikap profesionalisme doktor-doktor tersebut amatlah menyedihkan dan meragui kerana apa yang dihadapi oleh mywife itu berlaku di Hopital Putrajaya. Biasalah oleh kerana lupa bawa buku "merah" tu, mywife dimarah oleh salah seorang doktor kat situ. Apabila salah seorang doktor scan kandungan.... dengan confident dia kata bahawa uri mywife ada kat bawah. TAPI mywife yang tak belajar MEDIC pun tahu tengok kat screen tu yang uri tu memang kat atas. Then, baru doktor tu kata "ops silap, uri kat atas sebenarnya".

Memang kes seperti ini tidaklah besar TAPI sikap profesionalisme doktor tersebut bolehlah dipertikaikan...berlagak macam doktor pakar. Dari aspek budi bahasa pun kurang...seolah-olah mereka macam doktor pakar. Sedangkan, pengalaman mywife dengan banyak doktor pakar sebelum ini memang baik dan profesional dalam menjalankan tugas.. tak kira di hospital kerajaan atau pun swasta.

Dengan pengalaman sebegitu, tak hairanlah dengan kenyataan Kem. Kesihatan yang banyak doktor-doktor muda tak nak berkhidmat di luar bandar.

1 comment:

  1. hmmmm....itulah perbezaan antara doktor golongan muda dan yang golongan berpengalaman...Doktor muda mungkin belum mesra dengan pesakit lagi....apa2 pon syabas kerana berjaya menjadi salah seorang blogers...

    ReplyDelete